Polis menahan enam suspek pengganas di Britain yang didakwa sedang bersiap bersedia untuk melancarkan serangan keganasan.

Operasi yang dilakukan Unit Anti Keganasan Timur Laut United Kingdom (UK), tahanan dilakukan di enam buah rumah di London, Derby dan Burton.

"Enam orang telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Keganasan.

"Lima lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 20-an hingga 30-an telah ditahan," kata unit itu dalam satu kenyataan.


Suspek berusia antara 22 ke 36 tahun, lima lelaki dan seorang perempuan.

Perisikan UK, MI6 sebelum ini melaporkan telah berjaya mematahkan 12 pelan untuk melancarkan serangan keganasan di negara itu sejak 2013.