IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, Seri Manjung dekat sini semalam.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan 12.30 tengah hari itu, serbuan oleh sepasukan penguat kuasa di kawasan itu mendapati sebuah lori tangki sedang memindahkan cecair disyaki diesel kepada sebuah bot penunda.
"Hasil pemeriksaan lanjut dan semakan awal ke atas dokumen pembelian dan penjualan, mendapati terdapat transaksi yang mencurigakan dan disyaki palsu kerana ditemukan transaksi yang berbeza dengan rekod yang diperoleh daripada syarikat pembekal minyak berjenama.
Pihak KPDN percaya sindiket ini cuba memalsukan rekod transaksi sumber minyak diesel yang diperoleh untuk mengaburi pihak berkuasa melalui penyataan dan dokumen yang telah disita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menjelas lanjut modus operandi sindiket berkenaan, Kamaluddin berkata penyataan bahan api kegunaan industri didapati berbeza dengan diesel yang digunakan bot penunda sebagai bahan bakar dan diesel itu disyaki diperoleh daripada sumber bersubsidi yang dicampur dengan minyak komersial serta dikumpul daripada pelbagai sumber seperti stesen minyak, minyak nelayan dan lain-lain.
Justeru, melalui arahan pengisytiharan stok dan mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak anggaran 60,429 liter cecair yang disyaki diesel berada di dalam lori tangki dan bot penunda terlibat telah disita, rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1,761,287.
Katanya empat orang lelaki yang mengaku sebagai pemandu lori, kelendan lori, penyelia bot penunda dan ejen syarikat yang berada di tempat kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
KPDN) Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, Seri Manjung semalam. - Gambar hiasan/KPDN
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja
Tindakan penyamaran oleh penguat kuasa KPDN bongkar aktiviti menyorok minyak masak bersubsidi.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini
Pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan KPDN Perak berhubung penganjuran bazar berkenaan.
KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol
Padah mengubah suai tangki kenderaan untuk menikmati petrol subsidi, seorang warga Thailand ditahan KPDN Perak semalam.
Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit
KPDN sita 84 tong gas LPG berjenama dan 97 tong kosong berjenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM20,334.40.
60,429 diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan
KPDN Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, semalam.
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.
Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula
Peniaga sebuah pasar mini di Kampar berdepan tindakan selepas didapati menyorok minyak masak paket dan gula dalam operasi yang dijalankan.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.