NEW YORK: Tujuh juri pada Selasa dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Wakil pendakwaan dan pembelaan serta Hakim Juan Merchan, menemu bual beberapa calon juri sebelum bersetuju dengan tujuh juri pada Selasa, selepas tiada calon dipilih pada hari pertama. Pencarian lima lagi juri boleh berterusan selama beberapa hari lagi.
Trump, yang mengetuai empayar perniagaan hartanah, didakwa dengan 34 tuduhan memalsukan rekod perniagaan sebagai sebahagian daripada skema yang melibatkan bekas peguamnya Michael Cohen untuk menyembunyikan bayaran US$130,000 yang dibuat kepada bintang filem lucah Stormy Daniels.
Daniels berkata wang itu diberikan untuk menutup mulut mengenai hubungan sulit beliau dengan Trump pada 2006. Beliau telah mengaku membayarnya menjelang pilihan raya presiden 2016 untuk menghentikan "tuduhan palsu dan peras ugut" tetapi menafikan sebarang pertemuan seksual.
Trump yang mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, berdepan hukuman penjara maksimum empat tahun jika sabit kesalahan.
Menurut mahkamah, perbicaraan boleh berlangsung sehingga lapan minggu sebaik sahaja juri dipilih.
Peguam Trump cuba sehingga ke saat akhir untuk mengelak, menangguhkan atau sekurang-kurangnya melewatkan perbicaraan itu. Walaupun selepas sabitan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes itu, Trump masih berpeluang bertanding dalam pilihan raya presiden.
Beliau juga menghadapi tiga lagi perbicaraan jenayah serta beberapa saman sivil.
Trump dari parti Republikan dan Presiden AS Joe Biden dari Demokrat dipilih sebagai calon Pilihan Raya Presiden AS, pada November.
Perbicaraan dijadual bersambung pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden AS itu. - Foto Reuters
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Komuniti perniagaan perlu teroka peluang di Kazakhstan - PM
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
Kerajaan teruskan sistem e-Jamin selari aspirasi pendigitalan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem E-Jamin bagi memudahkan urusan ikat jamin, selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat PM Anwar Ibrahim.
Malaysia-Uzbekistan teroka kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menerusi satu kenyataan bersama berkata Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Uzbekistan berminat untuk menjalin kerjasama dengan Petronas terutamanya melalui projek metanol-kepada-olefin dan hidrogen hijau.
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump
Perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.