KUALA LUMPUR: Seramai 78 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bangsar Baru, di sini, dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pengurus premis berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar SOP PPN.
"Hasil maklumat aktiviti pusat hiburan dan pelanggaran SOP PPN, sepasukan polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menjalankan serbuan ke atas premis itu pada jam 11.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas resit jualan, komputer riba, aksesori muzik, pembesar suara dan mikrofon.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (PPN) 2021," katanya.
Amihizam berkata, pemeriksaan ujian air kencing ke atas pengunjung mendapati dua daripadanya positif dadah.
"Mereka dibawa balik ke IPD Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat seorang pelanggan telah enggan memberi kerjasama dengan pihak polis serta bertindak cuba melepaskan diri.
"Suspek berkenaan telah ditangkap atas kesalahan menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.
Amihizam berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti hiburan yang melanggar SOP PPN untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Feb 10 2022
Antara pengunjung pusat hiburan yang dikompaun kerana disyaki melanggar SOP PPN. - Foto Sinar Harian
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
Serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah.
13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan sekitar Jalan Chulan, pagi tadi.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.