KUALA LUMPUR: Lapan lagi kes kematian akibat COVID-19 direkodkan pada Jumaat melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 sehingga kini sebanyak 1,415.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

1) Sebanyak 2,847 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.

2) Sebanyak 2,341 kes sembuh, kini 387,535 jumlah keseluruhan kes sembuh.

3) Lapan kematian, 1,415 jumlah keseluruhan kematian.

4) Sebanyak lapan kluster baharu direkodkan.

5) Selangor mencatatkan jumlah kes paling tinggi dengan 748 kes diikuti Sarawak (717), Kuala Lumpur (302) dan Johor (130).