GEORGE TOWN: Sebanyak 90.4 peratus atau kira-kira 533,000 daripada 590,000 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual sejak 10 Jan lepas, telah menerima bekalan air setakat 7 malam hari ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air telah dinormalisasi kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan berkenaan.
"Walaupun mengalami kehilangan air yang banyak daripada kebocoran baharu semalam di saluran paip dasar Sungai Perai, PBAPP terus mengepam air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke bahagian pulau, walaupun pada 'pendikit optimum' dan bukannya 'pendikit penuh'.
"PBAPP sedang berusaha untuk membekalkan air sebanyak mungkin kepada penduduk tanpa menyebabkan kebocoran lebih besar atau isu lebih teruk di Sungai Perai.
"Kami akan terus memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa tentang status pemulihan air akibat gangguan bekalan air berjadual tersebut," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas susulan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi pada Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
PBAPP dalam kenyataan itu memaklumkan tahap ketiga pemulihan bekalan air membabitkn 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu sedang berterusan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 6 pagi.
"Bagi tahap keempat iaitu melibatkan baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian pulau dijangka turut selesai menjelang 6 pagi esok," menurut kenyataan itu.
Media hari ini melaporkan projek pembinaan paip lencong sementara merentasi atas Sungai Perai susulan kebocoran baharu dikesan pada saluran paip di dasar sungai itu semalam, akan dimulakan tengah malam ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerja-kerja tersebut melibatkan pembinaan struktur sementara supaya paip berukuran 600 milimeter (mm) dapat diletakkan di atas struktur itu yang terletak 10 meter dari Jambatan Ampang Jajar, di Seberang Perai.
Katanya, kerja-kerja itu tidak akan menjejaskan Jambatan Ampang Jajar kerana 'by pass' akan dibina di lokasi tersebut dan apabila siap, paip itu akan menggantikan sementara waktu paip yang sudah bocor di dasar Sungai Perai.
Kerajaan negeri berharap kontraktor dilantik akan mula menggerakkan jentera dan peralatan paip yang diperlukan dan kerja-kerja akan dijalankan 24 jam, dengan ia dijangka disiapkan dalam tempoh 21 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
PBAPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air telah dinormalisasi kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan berkenaan. - Gambar hiasan/EPA/Andy rain
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP
Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah di empangan.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.
Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya
Ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.
Empangan Air Itam menyusut
Kapasiti efektif Empangan Air Itam mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
Dua pelan tindakan kecemasan secara serentak atasi paip bocor Sungai Perai
Pelan itu bagi memulihkan semula bekalan air kepada 120,000 pengguna terjejas secepat mungkin.