KUALA LUMPUR : Jumlah kes aktif COVID-19 di negara kini telah mencecah sebanyak 189,609 kes dengan pertambahan sebanyak 17,786 kes baharu hari ini. 

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 31 Julai.

1. 52.8 peratus melibatkan pesakit kategori pertama (tanpa gejala), 45.8 peratus bagi kategori kedua (gejala ringan), 0.9 peratus bagi kategori ketiga (jangkitan paru-paru), 0.3 peratus melibatkan kategori empat (jangkitan paru-paru memerlukan oksigen), dan 0.2 peratus bagi kategori kelima (jangkitan paru-paru memerlukan bantuan pernafasan.

2. Jumlah kematian secara keseluruhan telah mencecah 9,024 kes dengan kes kematian baharu sebanyak 165 kes.

3. Daripada jumlah kes baharu, terdapat sembilan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

4. Lima negeri mencatatkan jumlah kes melebihi angka 1,000 iaitu Selangor (6,400), Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), dan Sabah (1,035).

5. Sebanyak 1,062 yang sedang menerima rawatan di ICU manakala daripada jumlah itu, 534 kes memerlukan bantuan pernafasan.