awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99.75 peratus kes COVID-19 di Sarawak hari ini babitkan kategori satu dan dua

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
07/09/2021
11:53 MYT
99.75 peratus kes COVID-19 di Sarawak hari ini babitkan kategori satu dan dua
Lapan daerah merekodkan kes positif tiga angka dengan Kuching mendahului senarai apabila mencatatkan 805 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak sekali lagi mengatasi Selangor dengan mencatatkan 3,200 kes positif COVID-19 pada Selasa.
Bagaimanapun menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 99.75 peratus atau 3,192 kes merupakan daripada kategori satu dan dua.
Manakala 0.25 peratus atau lapan kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
‘’Sebanyak 2,633 kes atau 82.28 peratus merupakan kategori satu dan 559 kes atau 17.47 peratus kategori dua.
‘’Tiada kes dilaporkan melibatkan kategori tiga dan empat namun terdapat lapan kes atau 0.25 peratus melibatkan katgeori lima,’’ kata kenyataan itu.
COVID-19 | Sebahagian besar kes di Sarawak tidak serius
Selain itu, lapan daerah merekodkan kes positif tiga angka dengan Kuching mendahului senarai apabila mencatatkan 805 kes.
Ia diikuti Serian (630), Sibu (271), Bintulu (211), Samarahan (126), Belaga (123), Betong (119) dan Saratok (112).
‘’Tujuh kematian juga dilaporkan hari ini melibatkan pesakit berusia 36 tahun sehingga 81 tahun,’’ tambah kenyataan itu.
BACA: 18,547 kes COVID-19 hari ini, Sarawak rekod 3,200 jangkitan
BACA: Kes tinggi di Sarawak, masyarakat diingatkan tidak panik - Dr Mohamed Sapian
BACA: COVID-19: Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius - Pakar kesihatan
Pada masa sama, 20 lokaliti melibatkan 10 daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 4 September sehingga 22 September ini.
Antara lokaliti terlibat termasuk di Uma Bakah, Uma Kulit dan Uma Badeng, Sungai Koyan di daerah Belaga, Jake Garden & Joy Park dan Kuaraters Pekerja Everwind di Bintulu.
Manakala enam lokaliti melibatkan daerah Belaga, Lubok Antu dan Sri Aman dilanjutkan pelaksanaan PKPD sehingga 21 September 2021.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes tertinggi di Sarawak
#kadar kematian di Sarawak
#PKPD di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan