awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Abaikan Namewee ... 'he's an idiot' - Khairy

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
23/02/2018
10:06 MYT
'Abaikan Namewee ... 'he's an idiot' - Khairy
KHAIRY: "Sebaik-baiknya kalau ada orang seperti ini dalam masyarakat, kita jangan pedulikan mereka." - Gambar fail
Penyanyi rap kontroversi Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang ditahan baru-baru ini disifatkan tidak berakal kerana menghasilkan klip video yang dipercayai mampu membawa implikasi negatif terhadap keharmonian kaum di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata individu seperti Namewee ini perlu diabaikan dan tidak perlu publisiti tambahan.
"Bagi saya, kita tahu orang seperti ini, 'he's an idiot' (dia bodoh).
"Sebaik-baiknya kalau ada orang seperti ini dalam masyarakat, kita jangan pedulikan mereka.
"Kalau kita beri tumpuan, mereka dapat publisiti yang tinggi," Khairy dalam sidang media selepas melancarkan program Skuad Operasi Sihat Negaraku TN50 oleh Kumpulan Bousted di sini hari ini.
Jelas Khairy lagi, beliau tidak membantah atau menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Namewee.
Penyanyi rap itu telah ditangkap berhubung klip video Tahun Baharu Cina yang didakwa berbaur kontroversi kerana kandungannya yang menyentuh senstitiviti kaum di negara ini.
BACA: Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mod berkata, tangkapan dibuat bagi membantu siasatan susulan empat laporan polis yang diterima.,
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Muzik Video
#Namewee
#perkauman
#Tahun Baharu Cina
#Wan Ahmad Najmuddin Mod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan