KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
Sebaliknya beliau hanya berkata kuasa melantik jawatan Yang Dipertua Negeri merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Saya tidak dapat komen, kerana kuasa mutlak (untuk melantik) adalah pada Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Eden Damai Wellness di sini, hari ini.
Beliau juga enggan mengulas laporan bahawa Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
"Yang itu perlu tanya dengan dia (Wan Junaidi) sendiri," katanya.
Semalam, media melaporkan Wan Junaidi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kini disandang Tun Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pada 1 Mac 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik

'Sejak jadi pemain Indonesia, dia fikir dia bintang dunia'
Bekas pemain Twente, Kenneth Perez, beranggapan pemain warisan baharu Indonesia, Mees Hilgers, sebagai 'tidak waras' selepas pemain itu mempamerkan aksi kurang memberansangkan.

Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB
Terusan Panama kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, ia kekal selamat dan terbuka untuk laluan.

UNIFIL suarakan kebimbangan terhadap kematian orang awam di selatan Lubnan
Tentera Israel telah mengarahkan pancaran laser ke arah anggota pengaman PBB yang sedang menjalankan operasi di Sektor Barat.
Hasil bukan cukai meningkat 80% tahun 2024
Pertumbuhan aktiviti penerokaan dan perniagaan perlombongan di Kemboja telah menyumbang hampir USD$100 juta dalam hasil bukan cukai pada tahun 2024 sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 79 peratus berbanding tahun 2023.
Jambatan baharu Sungai Mekong bakal dibuka hujung tahun
Jambatan Persahabatan Lao-Thai Kelima yang menghubungkan wilayah Borikhamxay di Laos dan Bueng Kan di Thailand dijangka dibuka kepada trafik hujung tahun ini — lebih awal daripada jadual asal.
Pantau Agenda Reformasi: Jawatankuasa Khas konflik manusia dan gajah, usaha proaktif perhilitan
Bersama Dato' Abdul Kadir Abu Hashim, Ketua Pengarah Perhilitan membincangkan tentang konflik antara haiwan liar dan manusia.

PRN Sabah: Warisan tanding solo, guna logo sendiri
Parti Warisan menegaskan akan bertanding secara solo dengan menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Australia-Malaysia terajui usaha perdagangan bebas serantau
Australia giat memperkukuh hubungan dagangan dengan negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, bagi menghadapi ketidaktentuan dasar tarif Amerika Syarikat.
Integrasi ASEAN, benteng hadapi risiko ketidaktentuan global
Perkongsian serantau dan integrasi ekonomi asean terbukti menjadi antara strategi paling ampuh bagi menangani risiko ekonomi global yang tidak menentu, termasuk potensi dampak daripada dasar tarif Amerika Syarikat.

Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti PBB untuk tempoh 2025 hingga 2028.

Sarawak Energy perlu laksanakan penstrukturan semula untuk sokong pelan pengembangan
Cadangan penstrukturan semula SEB seiring sasaran Sarawak menjana 10GW pengeluaran tenaga menjelang 2030 dan 15GW menjelang 2035.

Pertikaian Petronas-Petros tercetus akibat cemburu - Abang Johari
Abang Johari berkata, peningkatan hasil dan kemajuan ekonomi Sarawak menarik perhatian negatif dan menyebabkan rasa cemburu beberapa pihak.

Sarawak lulus peruntukan RM3.55 bilion bangunkan kuarters kerajaan moden
Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.55 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi membangunkan kuarters kerajaan moden di seluruh negeri.

Sarawak komited jadi peneraju ekonomi hijau global - Abang Johari
Potensi negeri itu dalam sektor ekonomi hijau mendapat pengiktirafan pada sesi libat urus bersama ahli ekonomi dan pengurusan kanan di LSE.

Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan
Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas-Petros.

Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam bidang utama dipersetujui - Abang Johari
Kerajaan negeri dan Airbus setuju menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.

PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamad urusan Petronas-Petros.

Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon
Perkara itu penting bagi memastikan Sarawak memperoleh pulangan yang adil daripada sumber asli negeri, kata Tan Sri Abang Johari.

KETEQ AI: Sarawak perkenal peranti penukar kuasa berasaskan AI pertama dunia
Ia antara hasil utama di bawah Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 bertujuan menjadikan Sarawak hab berteknologi tinggi di rantau ini.