KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar akan bersara wajib esok selepas 35 tahun menyumbang bakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu, Timbalan Pengarah (Gerakan) JKDNKA Datuk Azri Ahmad telah memangku jawatan Pengarah JKDNKA.
Abd Rahim yang dilahirkan pada 19 Mei 1961 di Pekan, Pahang mula menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 2 Feb 1986.
Setelah tamat latihan Kadet ASP, pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu telah ditugaskan sebagai ASP Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.
Selain itu, beliau menyandang beberapa lagi jawatan penting antaranya Timbalan Ketua JSJ Terengganu, Timbalan Ketua JSJ Kedah, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah.
Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman pada 29 Jan 2019 dan mengambil alih jawatan Pengarah JKDNKA pada 9 Sept 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021
Abd Rahim yang dilahirkan pada 19 Mei 1961 di Pekan, Pahang mula menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 2 Feb 1986. - Gambar fail/ Bernama
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Abd Rahim bersara, Azri pemangku Pengarah JKDNKA Bukit Aman
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar akan bersara wajib esok selepas 35 tahun menyumbang bakti dalam PDRM.