Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan isu berkaitan tindakannya dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR), kata Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti yang dilapor sebuah portal berita.
Kenyataan daripada Azmin itu adalah lanjutan daripada kekeruhan yang menyelubungi gabungan pembangkang tersebut berikutan keputusan PAS berkenaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.
“Kita faham keputusan DAP yang mengumumkan untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan Abdul Hadi namun Presiden PAS itu perlu diberi peluang untuk beri penjelasan,” ujar Azmin.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat pada Isnin lalu telah mecapai keputusan untuk tidak lagi menjalin kerjasama dengan Abdul Hadi yang mahu membentangkan usul pelaksanaan hudud di Kelantan di Parlimen.
“Saya rasa Abdul Hadi perlu hadir ke MPPR untuk menjelaskan isu yang sebelum ini dibangkitkan oleh CEC dan juga PKR,” ujar Azmin yang ditemui wartawan selepas merasmikan program Hijrah Selangor.
Azmin berkata, Pakatan Rakyat mahu tahu sebab Abdul Hadi membuat keputusan tersebut dengan membelakangkan persetujuan bersama.
“Saya percaya kepimpinan PAS juga akan meminta Abdul Hadi memberi penjelasan demi mencari penyelesaian dalam perkara ini,” kata Azmin.
Astro Awani
Wed Mar 25 2015
AZMIN: Abdul Hadi perlu hadir ke MPPR untuk menjelaskan isu yang sebelum ini dibangkitkan oleh CEC dan juga PKR.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.
Tun M dari kaca mata Hadi
Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.
DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2015 sebagai tidak beradab.
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan
Wanita Keadilan membidas dakwaan Presiden PAS yang berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menerajui tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa mengharamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).