KUALA LUMPUR: Dakwaan ‘100 Hari Perdana Menteri: Kad laporan KPI Ahmad Maslan dibebaskan daripada pendakwaan, Rosmah dapat balik pasport untuk melancong ke Singapura dan Zahid dibenarkan untuk terbang ke Jerman dan kini Najib memohon untuk diberi semula pasportnya’ dibidas oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Kata Shahril, penggunaan grafik sedemikian adalah tindakan pihak tertentu yang tidak ada modal untuk memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.
Memetik laporan UMNO Online, Shahril menegaskan bahawa ia adalah tidak wajar untuk menjulang perkara sedemikian sedangkan hal-hal lain diketepikan.
“Ini keputusan mahkamah dan hal membabitkan perundangan.
“Kita tidak boleh angkat apabila perkara yang minat kita julang, apabila perkara yang tak minat kita mengata,” jelas beliau.
Shahril turut menjelaskan bahawa kes Datuk Seri Ahmad Maslan telah bertindak melawan pendakwaan terhadapnya pada 2019 adalah disebabkan kompaun yang terlalu tinggi, iaitu sebanyak 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Beliau sanggup melawan keputusan tersebut di mahkamah. Namun apabila jumlah kompaun berbalik kepada asal maka ia dipersetujui.
“Berkenaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, beliau dibenarkan ke Jerman bagi mendapatkan rawatan, sementara Datin Seri Rosmah Mansor pula adalah untuk menemani anak mereka Nooryana Najwa yang dijadual bersalin tidak lama lagi,” katanya lagi.
Astro Awani
Sat Oct 16 2021
Shahril menegaskan bahawa ia adalah tidak wajar untuk menjulang perkara sedemikian sedangkan hal-hal lain diketepikan. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
KL PodFest 2024, pesta audio siar pertama Malaysia diadakan pada Februari
Saluran podcast Keluar Sekejap (KS) akan menganjurkan pesta audio siar pertama di Malaysia, KL PodFest 2024 selama dua hari pada 3 dan 4 Februari tahun depan.
Tafsir al-Quran: Khairy, Shahril tidak setuju tindakan Howard Lee
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.
GLIC perlu diberi kebebasan melabur di luar negara - Shahril Hamdan
Shahril berkata GLIC perlu diberikan kebenaran untuk berbuat demikian semata-mata kerana bimbang terhadap kedudukan ringgit.
'PRN ini mungkin peluang terakhir Azmin' - Shahril
Sekiranya Azmin kalah kali ini, politik negara akan meninggalkannya atau tercicir berbanding beberapa pemimpin lain, kata Shahril.
"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Sebelum ini Akta Hasutan itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
UMNO iktiraf apa berlaku pada Anwar sebagai penzaliman - Shahril Hamdan
Shahril merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Masih bertaring, Khairy, Shahril lancar podcast 'Keluar Sekejap'
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan terus meluaskan karier baharunya dalam bidang penyampai radio dengan kemunculan siaran podcast yang akan membahaskan isu berkaitan politik negara.
Pasca PRU15: Jangan bangga digelar 'kingmaker', hadapi realiti ditolak rakyat - Shahril
Apa yang mustahak kini ialah bagaimana UMNO dan BN hendak bangkit daripada kekalahan teruk.
PRU15: Shahril Hamdan letak jawatan dalam UMNO, gesa Zahid Hamidi turut berundur
Calon BN di kerusi Parlimen Alor Gajah itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO.