KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat tahun tidak berjumpa peminatnya di Malaysia, penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja untuk kembali buat menghiburkan peminatnya menerusi konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur.
Menurut pelantun lagu Panah Asmara ini, untuk konsert kali ini dia mahukan konsert yang lebih santai
“Saya kalau boleh nak konsert ini dijalankan dengan lebih santai, saya nak semua peminat saya berhibur.
“Kalau mereka mahukan saya menyanyikan lagu secara spontan juga saya akan lakukan untuk mereka asalkan mereka semua pulang ke rumah dengan satu memori yang tidak akan dilupakan,” katanya kepada Astro AWANI selepas sidang media Afgan Evolution Kuala Lumpur.
Selama dua jam, peminat yang hadir akan dihiburkan dengan 24 buah lagu, namun Afgan tidak mahu mendedahkan senarai lagu kerana ingin memberi kejutan kepada semua peminat yang hadir.
Pada masa sama, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza,33, juga menyatakan bahawa dia akan mendendangkan sebuah lagu penyanyi Malaysia kegemarannya.
“Saya akan nyanyikan lagu penyanyi kegemaran saya di Malaysia, tapi buat masa ini rahsia dulu tajuk lagu yang akan dinyanyikan namun saya rasa peminat saya pasti tahu dan mereka juga pasti tahu lagu tersebut,” tambahnya.
Afgan Evolution Kuala Lumpur akan berlangsung pada 17 Disember 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Asyraf Roslan
Sat Dec 17 2022
Afgan Evolution Kuala Lumpur akan berlangsung pada 17 Disember 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Astro AWANI
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.
Peminat suka, tapi Afgan "benci" lagu Jodoh Pasti Bertemu
Afgan memberi tahu bahawa beliau tidak suka dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu.
Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri
Semasa pandemik berlangsung ia merupakan tahun yang amat sukar buat semua termasuk dirinya sendiri.
Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza mahukan konsertnya kali ini lebih santai dan mahu lebih dekat dengan peminatnya sepanjang konsert berlangsung
KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.
Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini
Afgan bakal mengadakan konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, KLCC 17 Disember ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyanyi terkenal Afgan positif COVID-19
Afgan bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom kronik virus itu dan kini sedang jalani kuarantin kendiri di rumah.
Shawn Mendes, TWICE dan Halestorm antara 14 konsert panas tahun ini
Tahun ini merupakan tahun yang terbukti meriah dengan pelbagai jenis konsert dan festival muzik yang dapat memenuhi pelbagai citarasa.