NATIONAL
Agong rasmi pembukaan Sidang Parlimen ke-14

Mesyuarat hari ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong merasmikan istiadat pembukaan penggal parlimen dalam tahun sama. - BERNAMA/Fail
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 10 pagi di Dataran Parlimen, disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

(Dari kiri) Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir, Sultan Muhammad V dan Dr Wan Azizah ketika majlis perasmian di Bangunan Parlimen, pagi ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Peterana Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti sembah 'Hormat Diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mej Muhamad Nor Azizan Yahya.Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Ketua Kawalan Kehormatan Utama Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi.
Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di Bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah diraja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami