awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco

Bernama
Bernama
15/11/2023
05:57 MYT
Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Sebanyak 176 projek perumahan terbengkalai dikenal pasti di negeri itu membabitkan 35,995 unit yang disebabkan antaranya isu tanah dan masalah infrastruktur. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah dengan menyenaraihitamkan nama-nama ahli lembaga pengarah yang terlibat dengan projek rumah terbengkalai.
Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah berkata sebanyak 176 projek perumahan terbengkalai dikenal pasti di negeri itu membabitkan 35,995 unit yang disebabkan antaranya isu tanah dan masalah infrastruktur.
Beliau berkata kerajaan mendapatkan nama-nama berkenaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang kemudian diedarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Melalui sistem pendaftaran pemaju di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan diajukan oleh Datuk Seri Jamil Salleh (PN-Dengkil) mengenai statistik projek terbengkalai dan tindakan yang dikenakan terhadap pemaju yang terlibat.
Borhan berkata sekiranya nama-nama pemaju itu telah disenaraihitamkan, pemaju terbabit tidak akan dibenarkan melaksanakan apa-apa pembangunan di negeri berkenaan.
"Ini termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai seorang daripada pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#projek sakit
#senarai hitam syarikat
#ahli lembaga pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan