awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid tiba di Istana Negara, sempat melambai ke arah media

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/06/2021
02:25 MYT
Ahmad Zahid tiba di Istana Negara, sempat melambai ke arah media
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui pintu dua, kira-kira jam 9.55 pagi tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui pintu dua, kira-kira jam 9.55 pagi tadi.
Ahmad Zahid sempat membuka tingkap kenderaannya dan melambai kepada media yang telah menanti di luar pintu dua seawal 8 pagi tadi.
Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap YDP Agong di Istana Negara, hari ini. Beliau tiba kira-kira 9.55 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/pEmtmTZHjE
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021
Memasuki hari ketiga siri pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dengan ketua-ketua parti politik, selain Ahmad Zahid, turut diperkenan masuk ialah Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.
Mengikut laporan awal media, Vigneswaran dijadual masuk mengadap pada pukul 11.30 pagi, manakala Ongkili pada 3.30 petang.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong telah bertemu dengan empat ketua parti politik - Tun Dr Mahathir Mohamad (Parti Pejuang Tanah Air), Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Parti Warisan Sabah).
BACA: Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
BACA: Presiden MCA Wee Ka Siong tiba menghadap Agong
BACA: Menghadap Agong: Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara
Pada hari pertama sesi pertemuan pada Rabu, ia dimulakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara).
BACA: Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim
BACA: Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam
Bagaimanapun pertemuan antara Perdana Menteri dengan YDP Agong setiap hari Rabu di Istana Negara merupakan rutin sebelum mesyuarat pra-kabinet di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan