awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya Singapura

Bernama
Bernama
04/05/2025
11:00 MYT
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya Singapura
Ahmad Zahid berkata kemenangan itu satu mandat kukuh yang jelas mencerminkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Wong. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong atas kemenangan cemerlang Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) negara itu.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kemenangan itu satu mandat kukuh yang jelas mencerminkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Wong.
"Saya percaya kemenangan ini satu isyarat bahawa rakyat Singapura yakin dengan dasar progresif dan visi beliau untuk masa depan negara Singapura," katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau yakin di bawah kepimpinan Wong, hubungan dua hala Malaysia-Singapura akan terus diperkukuh dan membuka lembaran baharu, dalam kerjasama serantau yang saling menguntungkan.
Beliau berkata Malaysia dan Singapura bukan hanya jiran dari segi geografi, tetapi rakan strategik yang berkongsi hubungan sejarah, budaya dan ekonomi yang terlalu istimewa.
"Semoga Singapura terus makmur dan maju jaya di bawah pentadbiran beliau dan hubungan erat Malaysia-Singapura terus berkembang demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama," katanya.
PAP berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam PRU2025 Singapura dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya Singapura
#Lawrence Wong
#Ahmad Zahid Hamidi
#kemenangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan