PETALING JAYA: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) umum peruntukan dana khas berjumlah RM50 juta untuk Sahabat Usahawan Wanita berbangsa India pada Sabtu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ramanan Ramakrishnan memberitahu program pemerkasaan wanita India ini akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India di negara ini.
“Dana RM50 juta menggunakan dana dalaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India yang baharu.
“Ini menjadikan jumlah Sahabat Usahawan India yang menerima manfaat daripada Skim Pinjaman Ikhtiar AIM seramai 10,200 orang di mana seramai 3,100 Sahabat Usahawan yang merupakan sahabat sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dana khas pemerkasaan wanita India di Bandar Seri Damansara pada Sabtu.
Dalam masa sama, beliau juga yakin program Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) akan melahirkan lebih ramai usahawan mikro berbangsa India seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan rancak ekonomi negara.
Sementara itu, usahawan wanita India boleh memohon program PENN bermula 15 April 2024 di 124 pejabat cawangan AIM di seluruh negara.
“Saya menyeru kepada anda untuk guna peluang yang ada ini. Jadikan ia modal untuk memulakan perniagaan. Bermula dari kecil dahulu, lama-kelamaan ia akan menjadi satu perniagaan yang boleh dibanggakan,” katanya.
Faida Rahim
Sat Apr 13 2024
Ramanan (tengah) ketika menyampaikan replika cek kepada wakil AIM cawangan Rawang, Subathra Devi. - Astro AWANI
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
AIM umum dana khas RM50 juta bantu usahawan wanita India
Dana RM50 juta menggunakan dana dalaman AIM akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India yang baharu.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.
AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.
Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi AIM baharu
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.
Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Menurut sumber, Lajim ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah.
AIM lanjut tempoh moratorium sehingga 31 Ogos - Lajim Ukin
Bagaimanapun, Sahabat AIM yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman masih boleh berbuat demikian dengan kaedah tanpa tunai atau online banking.