awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti sukan tidak harus 'disulami' penderaan mental, fizikal - Ketua Srikandi Muda Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2023
06:02 MYT
Aktiviti sukan tidak harus 'disulami' penderaan mental, fizikal - Ketua Srikandi Muda Bersatu
Nurul Fadzilah menggesa Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan mengambil serius berhubung isu tersebut. - Facebook/Nurul Fadzilah Kamaluddin
KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan tidak seharusnya 'disulami' dengan tindakan keterlaluan seperti penderaan mental dan kekerasan fizikal yang akhirnya mendatangkan kesan toksik kepada atlet yang menyertainya.
Peringatan itu disuarakan Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang berpendapat tindakan mendisiplinkan secara keterlaluan apatah lagi melibatkan kekerasan fizikal, terutama terhadap kanak-kanak adalah sangat tidak wajar.
Tegasnya, tindakan disiplin sebegitu yang pada mulanya mungkin dilihat bersifat mengajar berubah kepada satu tindakan toksik yang memudaratkan.
"Sebagai seorang yang aktif bersukan dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuk bola tampar, saya berasakan tindakan yang keterlaluan itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
"Sebaliknya tindakan itu boleh membunuh minat seseorang terhadap sesuatu aktiviti sukan. Tindakan tersebut juga semestinya menjatuhkan semangat dan air muka mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau juga menggesa Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan mengambil serius berhubung isu tersebut.
"Satu garis panduan khas kejurulatihan perlu dikeluarkan segera agar menjadi rujukan kepada semua penggiat sukan terutama di peringkat sekolah.
"Ibu bapa, penjaga perlu diberi keyakinan bahawa penglibatan anak-anak mereka di dalam sukan di peringkat apa pun tidak memudaratkan sebaliknya memberi kebaikan dalam pembentukan sahsiah mereka," ujarnya.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan keputusan menggantung atau menamatkan perkhidmatan jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (Wanita) yang bertindak menampar pemainnya baru-baru ini, hanya akan diketahui pada Rabu.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam berkata, ia memandangkan isu berkenaan telah diselesaikan lebih awal sebelum video berhubung insiden berkenaan tular di media dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Beliau berkata, Majlis Sukan Negeri (MSN) juga belum membuat apa-apa keputusan meskipun Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah menggantung penglibatan jurulatih lelaki yang juga seorang guru itu daripada melibatkan diri di dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kementerian Pendidikan
#Tampar pemain
#jurulatih bola tampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan