awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota KWSP jangan mudah terpedaya sindiket skim cepat kaya

Bernama
Bernama
15/07/2017
23:50 MYT
Anggota KWSP jangan mudah terpedaya sindiket skim cepat kaya
Shahril Ridza menasihatkan para pencarum supaya tidak menggunakan perkhidmatan ejen tidak bertauliah untuk mengeluarkan wang simpanan mereka. - Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan anggotanya supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket skim cepat kaya yang menawarkan pakej atau skim pengeluaran simpanan keseluruhan untuk pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata setiap anggota KWSP, khususnya yang telah layak membuat pengeluaran simpanan, perlu sentiasa peka memandangkan mereka sering dijadikan sasaran penipuan sindiket terbabit.
Beliau berkata, pencarum yang terpedaya dengan penipuan itu akan menghadapi implikasi kewangan serius kerana pihak tidak bertanggungjawab terbabit hanya akan mendapatkan wang daripada pencarum tanpa memberi apa-apa pulangan.
"Sindiket ini akan (menawarkan) skim pengeluaran palsu selain memberi jaminan atau syor kepada anggota (KWSP) bahawa mereka boleh mengeluarkan duit (secara keseluruhan) dan sindiket itu akan mengambil antara 30 peratus dan 40 peratus," katanya kepada pemberita selepas perasmian 'Bicara Bersama KWSP' di sini, pada Sabtu.
Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merasmikan majlis itu.
Shahril Ridza berkata, para pencarum dinasihatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan ejen tidak bertauliah untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.
Ia bagi mengelak perkara tidak diingini memandangkan KWSP telah menyediakan skim pengeluaran untuk anggotanya selain memberikan khidmat nasihat secara percuma mengenai pengurusan wang simpanan persaraan, katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahril Ridza berkata, KWSP mencatat prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2017 dengan perolehan kira-kira 50 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata, pencapaian itu didorong pasaran saham lebih menggalakkan di Bursa Malaysia.
"Ini menunjukkan KWSP mempunyai peluang dalam merealisasikan keuntungan bagi suku pertama 2017, tetapi untuk kami membuat unjuran (dividen) sepanjang tahun ini agak sukar, kerana ada enam bulan lagi bagi melihat apakah perkembangan pasaran saham," katanya.
Program 'Bicara Bersama KWSP' selama dua hari mulai hari ini merupakan sebahagian kempen celik kewangan KWSP dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempromosikan program celik kewangan.
Selain meningkatkan kesedaran dan mengetengahkan kepentingan celik kewangan dalam merangka pelan persaraan, program itu juga menjadi platform kepada anggota untuk menyemak penyata KWSP menerusi pasukan bergerak KWSP dan memperoleh nasihat secara percuma mengenai persaraan daripada pegawai khidmat persaraan.
'Bicara Bersama KWSP' itu turut menyediakan khidmat nasihat dalam bahasa Kadazan Dusun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bicara Bersama KWSP
#EPF
#KWSP
#pelaburan
#penipuan
#Shahril Ridza Ridzuan
#sindiket
#skim pengeluaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan