KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, di sini, pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada jam 12.58 tengah hari membabitkan sebuah motosikal Yamaha Ego Solariz dan lori.
Menurutnya, sebaik tiba di susur keluar ke arah Jalan Kuching, kedua-dua kenderaan itu bergesel menyebabkan penunggang motosikal jatuh di hadapan lori berkenaan.
"Kemalangan terbabit mengakibatkan penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis wanita berusia 31 tahun parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Pembonceng motosikal yang juga seorang anggota polis wanita berusia 33 tahun pula turut parah dan dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Mangsa seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Foto Facebook/Sinar Harian
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.