KOTA KINABALU:Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung esok di Istana Negeri Sabah, di sini.

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang memetik sumber Istana Negeri memaklumkan, istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 10.30 pagi.

Bagaimanapun, setakat ini Ketua Menteri Sabah yang baharu masih belum diketahui.

BACA: Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah hari ini?

Ikuti kami untuk LAPOR LANGSUNG berhubung perkembangan pilihan raya negeri Sabah

BACA: PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri

Pada Sabtu, beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rombongan termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Hajiji Noor; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Jahid Jahim tiba di Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sebelum ini, Bung dan Hajiji, antara nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Namun semalam, Bung memaklumkan Juhar memohon untuk diberikan tempoh sebelum sebarang keputusan dibuat.

PRN kali ini menyaksikan GRS memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Sementara itu, Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan UPKO (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.

BACA: Putuskan cepat siapa Ketua Menteri, kalau tidak, ada yang 'lompat parti' - Penganalisis

BACA: PRN Sabah: Siapa Ketua Menteri? Hajiji hanya tersenyum

BACA: Belum ada keputusan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu?