NATIONAL
Belum ada keputusan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu?

Setakat ini, belum ada pengumuman siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. - Gambar hiasan
Teka-teki mengenai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu masih lagi menjadi tanda tanya.
Difahamkan, wakil rakyat dan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih lagi mengadakan perbincangan mengenai calon tersebut.
Malah, Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga kelihatan berada di sebuah hotel terkemuka di sini sejak pukul 9 pagi ini.
Bukan sahaja Hajiji, turut kelihatan memasuki pekarangan hotel tersebut ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan Ketua Penerangan PN.
Semalam, GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang mudah dengan 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 16.
Kemenangan itu membolehkan GRS membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami