MALAYSIA
Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya Singapura

PAP berjaya mengekalkan majoriti dua pertiganya dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (GE2025), dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi parlimen. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, atas kejayaan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong atas kejayaan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan dalam pilihan raya umum Singapura.
- Anwar menekankan bahawa kemakmuran dan keselamatan Malaysia dan Singapura saling berkait rapat, dengan kedua-dua negara membina kerjasama mendalam di semua peringkat untuk menghadapi cabaran global dan perdagangan antarabangsa.
- Anwar menyatakan bahawa kedua-dua negara berpeluang menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai contoh cemerlang kerjasama negara berjiran dengan iltizam dan matlamat bersama, serta menantikan peluang untuk memperkukuh hubungan istimewa ini pada masa hadapan.
"Ketika kita melihat kepada masa hadapan, kedua-dua negara sedang membina kerjasama mendalam di semua peringkat - satu asas penting dalam menghadapi cabaran besar terhadap sistem global dan perdagangan antarabangsa," kata beliau.
Beliau berkata kedua-dua negara berpeluang untuk menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai contoh cemerlang mengenai apa yang boleh dicapai negara berjiran dengan iltizam dan matlamat bersama.
"Kami menantikan peluang untuk memperkukuh hubungan istimewa ini pada masa-masa akan datang," kata Anwar.
Media malaporkan PAP berjaya mengekalkan majoriti dua pertiganya dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (GE2025), dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi parlimen.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami