awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar yakin hubungan Malaysia-Singapura berkembang kukuh di bawah kepimpinan Lawrence Wong

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/05/2025
14:02 MYT
Anwar yakin hubungan Malaysia-Singapura berkembang kukuh di bawah kepimpinan Lawrence Wong
Anwar berkata, hubungan erat yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh, terutamanya ketika Malaysia memegang Pengerusi ASEAN pada tahun ini. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang kukuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lawrence Wong.
Menurut Perdana Menteri, hubungan erat yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh, terutamanya ketika Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
"Saya yakin di bawah kepimpinan beliau, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh, terutamanya ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya di sini, pada Isnin.
Tambah Perdana Menteri, Malaysia turut menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Lawrence Wong dan pentadbirannya dalam memperkukuh hubungan yang sedia ada, berasaskan sejarah bersama serta kerjasama ekonomi yang teguh dan hubungan erat antara rakyat di kedua-dua negara.
“Malaysia menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Lawrence Wong dan pentadbirannya dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin berteraskan sejarah bersama-sama selain kerjasama ekonomi yang erat dan utuh serta hubungan sesama rakyat yang berjiran ini," ujarnya.
Anwar turut memaklumkan beliau menghubungi rakan sejawatannya itu untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum Singapura yang menyaksikan parti itu memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.
Lawrence Wong yang juga Setiausaha Agung PAP mendapat mandat kukuh selepas parti itu mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dengan 65.57 peratus undi.
Ia menyaksikan peningkatan 4.33 peratus berbanding 61.24 peratus dalam keputusan Pilihan Raya 2020.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lawrence Wong
#Singapura
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan