Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak tetap pendirian berhubung kenyataannya terhadap kerajaan dan parti pembangkang.
Malah, kata Naib Presiden UMNO itu, kenyataan bekas perdana menteri itu sentiasa berubah.
"Dua hari lepas, beliau kata Perdana Menteri akan kalah. Semalam pula, dia kata pembangkang akan kalah. Jadi, saya tidak faham apa sebenarnya pendirian beliau yang berubah setiap hari," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Bagaimanapun tegasnya, apa yang penting buat masa ini ialah, jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) akan memastikan parti itu digerakkan dan mampu mencipta kemenangan di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.
"Kita akan pastikan calon kita adalah calon boleh menang dan calon yang diterima rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Dr Mahathir secara terbuka meminta pembangkang agar bersatu untuk menewaskan BN dalam dua PRK akan datang, ketika berucap dalam satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.
Pemimpin-pemimpin UMNO kemudian membidas kenyataan bekas perdana menteri itu yang dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada parti dan gabungan mereka.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, dimenangi BN dalam Pilihan Raya 2013, diisytiharkan kosong berikutan kematian ahli Parlimen mereka dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.
Rahimah Abdullah
Thu May 19 2016
HISHAMMUDDIN: Saya tidak faham apa sebenarnya pendirian Dr Mahathir yang berubah setiap hari. - fotoBERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.
Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.