PUTRAJAYA: Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.
Peguam M. Visvanathan yang mewakili Mohamed Apandi ketika dihubungi berkata notis rayuan difailkan pada 24 Mei.
Beliau juga berkata notis itu juga telah disampaikan kepada peguam cara Lim.
Sementara itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lim ketika dihubungi mengesahkan telah menerima notis rayuan itu.
Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Mohamed Apandi terhadap veteran DAP itu.
BACA: Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi menyaman Lim pada 5 Julai 2019 kerana mendakwa Lim telah memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam penyataan tuntutannya beliau mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar dalam keputusannya menolak saman itu memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial dan ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.
Beliau juga memerintahkan Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Lim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang. - Gambar fail

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP Dr Afzanizam Rashid menjelaskan, ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini memberi kesan yang diharapkan rakyat setelah kegiataan ekonomi dibuka dengan baik serta pembukaan sempadan negara yang disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik. Angka perbelanjaan pengguna juga dilihat melonjak kepada 18.3 peratus, memberi gambaran ekonomi domestik berada didalam keadaan yang baik.

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Polis selesai rakam keterangan Apandi
Polis selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Proses merakam keterangan Tan Sri Apandi tidak berlangsung di Bukit Aman
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat setakat ini tentang di mana dan bila beliau akan merekodkan keterangan kepada pihak USJT.

Apandi dipanggil rakam keterangan berkaitan kes 1MDB
Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, pada Isnin.

Kes 1MDB: Bukit Aman siasat Apandi Ali
Polis sedang menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkaitan dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes Batu Puteh: Bantahan lantikan Apandi sepatutnya dibuat awal - Wan Junaidi
Sebarang bantahan mengenai kedudukan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal.

1MDB: Apandi hanya sebagai fasilitator dalam rundingan bersama Jho Low
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan dirinya hanya sebagai fasilitator dalam rundingan kes 1MDB membabitkan individu dikehendaki, Jho Low.

Jho Low tawar RM1.5 bilion kepada kerajaan selesai pertuduhan
Menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka pada Jumaat, kerajaan bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.

Apandi Ali lepas jawatan lembaga pengarah Metronic
Apandi yang dilantik ke lembaga pengarah pada Julai 2021 meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif kerana "komitmen peribadi".

Kes Batu Puteh: Dua kali hantar surat, tetapi tidak dibalas - Tun M
Katanya, bekas peguam negara itu tidak wajar dilantik ke kedudukan itu memandangkan ia akan melibatkan konflik kepentingan.

Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.