PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul AziI Al-Saud kepada umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Arab Saudi turut berkenan menyampaikan sumbangan 17,000 naskhah al-Quran serta menaja majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.
Sumbangan itu disampaikan Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di sini hari ini.
Mohd Na'im dalam ucapannya berkata, Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program itu.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah," katanya.
Malaysia telah menerima sumbangan di bawah program hadiah berkenaan sejak lebih 20 tahun lepas.
"Saya sentiasa mendoakan supaya hubungan akrab antara kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi, akan terus diperkukuh silaturahim seperti yang dikehendaki oleh agama," katanya.
Beliau berkata, pengagihan sumbangan kerajaan Arab Saudi itu akan diuruskan oleh pelbagai pihak yang diselaras oleh Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Pejabat Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi di Luar Negara merangkap Pemangku Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Syaikh Abdul Wahab Abdullah Al-Qahtan. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Datuk Mohd Na'im Mokhtar menerima sumbangan kurma daripada Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi (kanan) di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff (kiri). - Gambar BERNAMA
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.