KUALA LUMPUR: Memahami tahap kesedaran masyarakat berhubung penjagaan kesihatan semakin meningkat, syarikat biofarmaseutikal antarabangsa, AstraZeneca merintis usaha penyediaan maklumat dan akses pengetahuan tanpa batasan kepada orang ramai.
Tanpa ada sebarang batasan, daripada maklumat penyakit, kandungan kesihatan sehinggalah kepada perundingan maya dengan profesional penjagaan kesihatan, semua itu kini boleh diakses di hujung jari menerusi pelancaran portal kesihatan digital ‘mySihatPal.’
Portal yang menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum itu merupakan platform kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan.
Inisiatif ini, kata AstraZeneca adalah bagi memastikan setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi mereka.
“Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemajuan dalam penjagaan kesihatan, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan.
“Salah satu halangan terbesar kepada kebolehcapaian penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi fizikal, menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk menghubungkan orang ramai kepada profesional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang berkaitan,” kata AstraZeneca.
Portal mySihatPal dapat memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk untuk orang ramai menjangkau pelbagai komuniti yang merangkumi profesional perubatan, masyarakat dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan.
Selain itu, platform ini turut menawarkan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.
AstraZeneca berpendapat, seiring dengan kemajuan yang semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ini perlu diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai dengan petugas kesihatan supaya mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya.
Presiden AstraZeneca Malaysia, Vinod Narayanan berkata, di AstraZeneca, matlamat mereka adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi teknologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia.
“Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat.
“Justeru, ia telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.
“Sebagai syarikat antarabangsa biofarmaseutikal, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia di dalam menggiatkan transformasi kesihatan dengan membantu menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk penyelesaian digital sebagai langkah untuk menyokong keperluan pesakit, di samping memastikan inovasi kesihatan digital di Malaysia terus berkembang,” ujar beliau.
Kata Vinod, mySihatPal juga dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit dengan memastikan bahan rujukan peroleh dari sumber yang dipercayai.
Dalam masa sama, portal berkenaan juga dapat meningkatkan pendedahan kepada fasiliti kesihatan, seterusnya dapat memastikan penjagaan yang lebih optimum..
Portal mySihatPal boleh dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/.
Astro Awani
Sat Oct 21 2023
Portal mySihatPal yang dilancarkan baru-baru ini menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
KPDN gagalkan penyelewengan LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi selepas menyerbu premis yang dijadikan stor penyimpanan dan pengedaran bahan api itu di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah, Ahad lepas
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Tumpuan Jumaat - 10 Mei 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EAEU menjadi pusat kuasa bebas dalam dunia multipolar, kata Putin
Putin menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.
10 Berita Pilihan - (09 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight: Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
Tomorrow's Charity Shield match between Johor Darul Ta'zim (JDT) and Selangor FC (SFC) has been cancelled after the Red Giants pulled out of the game.
AWANI Tonight: The first batch of Malaysian Hajj pilgrims arrive in Medina
A total of 282 Malaysian Hajj pilgrims arrived at the Emaar Royal Hotel in Medina on Thursday, with seven buses transporting them to the accomodation zone managed by Tabung Haji.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.