Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal melebarkan pendahuluan di puncak selepas terikat tanpa jaringan dengan Pahang di Paroi.

ATM yang juga pendahulu liga turun dengan misi mengutip tiga mata penuh.

Namun pasukan lawan yang dikendalikan Dollah Salleh bukan calang-calang pasukan dengan beberapa aksi meyakinkan sebelum ini.

Babak pertama berlangsung seimbang dengan masing-masing memperoleh peluang.

Kebuntuan jaringan bagaimanapun kekal menuju rehat.

Masuk babak kedua, ATM dan Pahang terus meningkatkan serangan.

Ketumpulan penyudah menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mendapatkan jaringan.

Keputusan seri itu kekal sehingga wisel penamat.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Kelantan turut meraih satu mata selepas seri satu-sama dengan Perak di Kota Bharu.