KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh ini termasuk dari segi penggunaan segala aset.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ketiga-tiga cabang ATM iaitu tentera darat, udara dan laut ketika ini berada dalam mod siap siaga.
Beliau berkata ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bahawa pasukan keselamatan sentiasa dalam keadaan bersedia bagi menghadapi dan memberikan bantuan ketika bencana banjir berlaku.
"Maknanya ATM sentiasa bersedia (untuk memberikan khidmat dan bantuan) sekiranya berlaku sesuatu bencana di mana-mana tempat... dan bagi pihak ATM, untuk tindakan menangani bencana negara atau keadaan banjir ini, kami sudah bersedia," katanya.
Affendi berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Peluang Kerjaya Kedua anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JHEV ATM Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.
Beliau berkata bengkel itu, yang disertai veteran ATM, merupakan antara usaha dalam memastikan peluang kerjaya kedua bagi mengangkat martabat golongan berkenaan sebagai perwira negara.
"Bengkel ini juga amat signifikan kepada Keluarga Malaysia Veteran ATM memandangkan input dan pembelajaran dalam bengkel ini bakal membantu peserta berdepan dengan majikan baharu dan dunia awam," katanya.
Affendi berkata setakat ini, Keluarga Malaysia Veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV ATM ialah 204,020 dan daripada jumlah itu, seramai 73,863 orang bersara tanpa pencen.
Beliau berkata secara purata, lebih 5,000 warga ATM akan bersara setiap tahun dengan 63 peratus dalam lingkungan usia bawah 50 tahun iaitu kelompok yang masih produktif dan mampu menyumbang kepada ekonomi negara.
"Lebih 47,000 majikan telah berdaftar dengan Perkeso manakala lebih 740,000 jawatan kosong turut ditawarkan menerusi portal Myfuturejobs," katanya.
Affendi berharap veteran ATM yang memohon kerja menerusi portal itu mendapat tawaran selayaknya berbekalkan kemahiran dan pengalaman mereka serta gaji lebih menarik berbanding pemohon lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ketiga-tiga cabang ATM iaitu tentera darat, udara dan laut ketika ini berada dalam mod siap siaga. - Foto BERNAMA
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.