awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Bernama
01/03/2025
03:50 MYT
ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia dan dipercayai membawa bahan terlarang di dalam beg galas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seorang lelaki warga asing bersama tiga bungkus air ketum dan sebilah parang di sempadan Malaysia-Thailand, Rabu lepas.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan suspek ditahan pada 11.45 malam semasa anggota melakukan rondaan rutin di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).
"Pasukan operasi telah mengesan empat lelaki menyusuri tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia (Jeli) dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila didekati, kesemua mereka bertindak melarikan diri dengan cuba menyeberangi Sungai Golok ke arah Thailand, namun seorang daripada mereka ditahan manakala tiga rakannya berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, kesemua lelaki terbabit dipercayai merancang untuk melaksanakan aktiviti penyeludupan, namun hasrat tidak tercapai apabila diserbu pasukan operasi.
"Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia dan dipercayai membawa bahan terlarang di dalam beg galas.
"Polis telah menjalankan pemeriksaan di dalam beg galas serta badan suspek sebelum menemukan tiga bungkusan dipercayai air ketum, sebilah parang, telefon bimbit, sejumlah wang tunai mata wang Thailand, sarung tangan getah, beg silang serta tali dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,203," katanya.
Menurut kenyataan itu, suspek telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk siasatan lanjut kerana didapati tidak membawa pengenalan diri dan memiliki senjata berbahaya manakala kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#air ketum
#sempadan
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan