KUALA LUMPUR:Semua ahli parlimen perlu mengetepikan ego masing-masing dan duduk semeja demi rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri berkata, semua ahli parlimen perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar bekerja untuk rakyat bukan lebih mementingkan jawatan.
Selain itu, Nazri turut menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak proaktif dengan segera memanggil semua ketua parti dalam kerajaan dan pembangkang untuk berbincang mengenai Belanjawan 2021.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera panggil semua ketua-ketua parti dalam kerajaan dan pembangkang untuk bincang mengenai Belanjawan 2021. Lupa sekejap sengketa demi rakyat.
"Sudah dua kali Yang di-Pertuan Agong bertitah agar tidak bermain politik sebaliknya menyokong Belanjawan 2021. Jadi faham-faham lah," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Nazri turut mendesak mana-mana pihak yang mencatur kedudukan dalam kerajaan untuk segera menghentikan perkara tersebut.
"Hormati semua pihak dan jalankan tanggungjawab kamu demi rakyat dan negara," katanya lagi.
BACA: Agong mahu ahli politik hormat titah Baginda, beri sokongan padu pada Belanjawan 2021
BACA: Muhyiddin perlu hormat Ketua Pembangkang, bincang isu bajet - Salahuddin
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah menasihatkan agar semua Ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku bertitah bahawa sokongan terhadap Belanjawan itu penting demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat, serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Irwan Muhammad Zain
Wed Oct 28 2020
Nazri turut menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak proaktif dengan segera memanggil semua ketua parti dalam kerajaan dan pembangkang untuk berbincang mengenai Belanjawan 2021. - Gambar fail
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.
Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz
Kesungguhan mahu menjatuhkan kerajaan yang berusaha memerangi rasuah seolah-oleh pihak-pihak tertentu ini sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.