awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Samat diumum calon PAS untuk PRK Sungai Limau

Bernama
Bernama
21/10/2013
16:11 MYT
Azam Samat diumum calon PAS untuk PRK Sungai Limau
Ketua Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.
Mohd Azam, 37, bapa kepada lima anak, merupakan cucu kepada 'tiga ulama besar Kedah', katanya pada majlis memperkenalkan calon PAS di pekan Sungai Limau di sini malam ini.
Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut nama tiga ulama besar Kedah yang dimaksudkannya itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 Sept lepas.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan Rabu ini manakala pengundian pada 4 Nov.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BN akan menurunkan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calonnya.
Topic Berkaitan
#calon
#Mohd Azam Samat
#PAS
#PRK
#Sungai Limau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan