KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 April 2024.
Dalam kenyataan hari ini, katanya Azizan mempunyai banyak pengalaman dan kepintaran kepimpinan, selepas berkhidmat dengan cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 40 tahun, antaranya sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-17, iaitu yang pertama daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Latar belakang beliau yang luas dalam urusan ketenteraan, diplomasi dan kemajuan kepimpinan akan memainkan peranan penting untuk memimpin LTAT ke arah objektif strategiknya dan meningkatkan peranan untuk menyokong kebajikan anggota angkatan tentera dan keluarga," kata kenyataan itu.
Sementara itu, LTAT berkata Mohammad Ashraf akan memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif selepas berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan LTAT sejak Mac 2020.
"Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau melaksanakan pengurusan kewangan, meneraju strategi kewangan organisasi dan memastikan tanggungjawab fiskal.
"Kepimpinan beliau menyumbang kepada agenda transformasi organisasi, membawakan pemulihan tahap dividen kepada kadar yang mampan, kedudukan kewangan yang dipertingkat serta keberkesanan operasi yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
LTAT umum pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin (kiri) sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif. - Foto LTAT
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum.
LTAT mahu kekal kepentingan besar dalam Affin Bank, di sebalik hasrat Sarawak mahu menguasainya
LTAT berhasrat untuk terus memegang pegangan 'signifikan' dalam Affin Bank Bhd, dengan jangkaan mendapat manfaat daripada potensi peningkatan nilai yang dibawa oleh pelabur baharu.
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).