awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAH gempur 700 pusat pelacuran, 615 pusat judi

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2017
08:02 MYT
BAH gempur 700 pusat pelacuran, 615 pusat judi
Lebih 700 pusat pelacuran dan 615 pusat judi online sudah digempur dengan nilai rampasan mesin judi online mencecah RM17.8 juta.
Lebih 700 pusat pelacuran dan 615 pusat judi atas talian telah digempur menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) di sekitar ibu negara.
Ketua Penyelaras Ops BAH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azman Mahmood berkata setakat ini, nilai rampasan mesin judi atas talian mencecah RM17.8 juta melalui serbuan ke atas 615 pusat judi tersebut.
Menurut beliau, pihaknya mengesan 1,086 pusat hiburan di ibu negara beroperasi secara haram selain menyediakan kegiatan tidak bermoral.
Malah katanya Bukit Bintang merupakan lokasi premis paling tinggi diserbu dan sita iaitu lebih 1,000 buah.
"Kita berharap usaha ini akan diteruskan dengan kerjasama 27 agensi dan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membanteras kegiatan tidak bermoral hingga ke akar umbi.
"Bagi kesalahan melibatkan kegiatan tidak bermoral kita akan serahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) manakala jika melibatkan kes dadah kita akan bawa ke mahkamah serta pusat pemulihan," katanya kepada pemberita selepas operasi di Bukit Bintang dan Kepong malam tadi.
Tambah Azman, bagi operasi malam tadi, sebanyak empat pusat hiburan digempur kerana didapati beroperasi lebih masa sehingga jam 2 pagi.
Topic Berkaitan
#Azman Mahmood
#Bukit Bintang
#kepong
#Operasi Banteras Aktiviti Haram
#Ops Bah
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan