awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/11/2020
15:11 MYT
Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Polis Selangor menerima 180 laporan berhubung aktiviti ugutan untuk menyebarkan gambar serta video bogel yang pernah dikongsi mangsa sejak Januari hingga November tahun ini.
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata modus operandi sindiket itu ialah memperdayakan mangsa di laman sosial sehingga sanggup berkongsi berbogel atau lucah.
"Sindiket ini memperdaya lelaki atau wanita tidak mengira umur termasuk warga emas menggunakan aplikasi media sosial seperti Wechat, Facebook, Michat, WhatsApp dan laman web seperti Godate2night, Locanto.Asia dan beberapa platform Internet lain.
"Sindiket akan merekod video serta gambar-gambar lucah mangsa supaya mereka boleh memeras ugut mangsa untuk menyebarkan video serta gambar-gambar tersebut.
"Sindiket ini seterusnya akan meminta wang RM10,000 hingga RM20,000 dan sekiranya mangsa tidak membayar, mereka akan menyebarkan gambar dan video mangsa di media sosial selain kepada ahli keluarga dan rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Tambah Fadzil, selain sindiket, sebanyak 42 kes melibatkan pemerasan oleh individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
"Polis menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sebegini. Pelbagai cara dibuat suspek melalui aplikasi-aplikasi dinyatakan.
"Masyarakat perlu lebih bijak menggunakan media sosial dan perlu diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial akan mudah dirakam oleh pihak kedua.
"Jangan mempercayai sesiapa yang baharu dikenali di media sosial kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada kumpulan 'scammer' ini," tegas beliau.
Topic Berkaitan
#gambar bogel
#video bogel
#ugut
#lucah
#sindiket pemerasan
#polis
#jsj
#Selangor
#Datuk Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan