Apakah prasarana yang penting bagi penduduk bandar dan luar bandar?

Kos sara hidup berada di tangga teratas dalam senarai apa yang dimahukan rakyat di dalam bajet 2014 berdasarkan tinjauan pendapat di 1malaysia.com.my.

Dalam tinjauan pendapat itu, orang ramai boleh memilih lima bidang yang mereka percaya perlu ditingkatkan daripada 16 senarai yang dikemukakan.

Buletin Awani 7:45 mengupas isu ini bersama tetamu jemputan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Ahli Penasihat Majlis Institut Perancang Bandar Malaysia, Dr Norliza Hashim bagi mendapatkan pandangan mengenai pembangunan kawasan penempatan, perancangan menyediakan prasarana lengkap serta usaha memberikan kelestarian kepada kepesatan kependudukan.