KUALA LUMPUR: Peruntukan mengenai sistem Internet dan peranti digital berikutan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang akan diteruskan sebagai norma baharu dalam sektor pendidikan perlu diberi penekanan pada pembentangan Belanjawan 2022, 29 Okt ini.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang ketika dihubungi berkata pihaknya berharap kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk menaik taraf sistem Internet di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran di era pasca COVID-19.
Beliau berkata, peruntukan untuk pembelian peranti dan capaian Internet kepada pelajar-pelajar miskin juga perlu diberi perhatian kerana sesi PdPR dilihat akan diteruskan di fasa endemik ini.
"Kita dapat belajar daripada sesi PdPR sebelum ini, bagaimana teknologi dan internet ini sangat penting, walaupun mereka sudah mula pergi ke sekolah, tetapi mungkin selepas ini PdPR akan menjadi sokongan kepada pembelajaran secara bersemuka di sekolah," katanya kepada Bernama hari ini.
Selain itu, Aminuddin turut meminta kerajaan mempertimbang untuk mewujudkan gred baharu buat guru-guru di sekolah iaitu gred DG 56 susulan ramai guru-guru kini berada di gred maksimum iaitu DG 54.
"Kita harapkan gred baharu itu sebab ramai sangat di dalam kalangan guru sekarang sudah berada di tahap DG 54, di gred ini mereka tidak bergerak, jadi kita mengharapkan gred DG 56 itu sebagai satu lapisan baharu untuk guru-guru," katanya.
Beliau turut mengharapkan supaya kerajaan menyediakan rebat sebanyak RM1,000 kepada guru untuk membeli komputer riba atas urusan kerja kerana kebanyakan daripada mereka terpaksa menggunakan komputer sendiri selain menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk menyelenggara sekolah terutamanya di kawasan pedalaman dan Sabah serta Sarawak.
"Dulu pun sudah ada peruntukan untuk baik pulih sekolah, tapi kita dapati peruntukan untuk 10,200 sekolah di seluruh negara itu tidak mencukupi untuk sekolah yang majoritinya perlu diselenggara," katanya.
Turut senada adalah Dekan, Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gairuzazmi Mat Ghani yang mencadangkan kerajaan untuk menumpukan peruntukan kepada masalah yang dihadapi pelajar universiti ketika sesi kelas secara maya khususnya untuk pelajar daripada golongan B40.
Menurutnya, biarpun kita sedang beralih ke fasa endemik, kemungkinan besar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan terus mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam talian yang memerlukan penggunaan teknologi terkini.
"Kami perlukan bantuan dalam bentuk rebet untuk beli barang-barang berkaitan e-pembelajaran, untuk membantu mendapatkan akses kepada bahan pengajaran dan pembelajaran, seperti komputer atau kamera dan wifi," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, peruntukan khas perlu diberikan kepada keluarga daripada golongan B40 untuk mereka memulakan sesi persekolahan.
"Mereka memerlukan wang semacam pendahuluan untuk pembiayaan memulakan pembelajaran, di mana saya rasa keperluan ini amat mendesak, khususnya di kalangan ibu bapa yang tidak bekerja dan tiada pendapatan yang memuaskan.
Kalau kerajaan boleh memberikan bantuan untuk memulakan perdagangan atau perniagaan, saya rasa perlu juga peruntukan khas untuk permulaan persekolahan dan pengajian untuk anak-anak ini," katanya.
Di samping itu, beliau turut berharap jurang kemudahan, kemahiran serta kepakaran tenaga pengajar di antara sekolah di bandar dan luar bandar perlu diseimbangkan.
"Kepakaran guru-guru perlu diseimbangkan, guru-guru pakar bukan hanya perlu ditempatkan di bandar, tetapi juga di luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
Aminuddin berkata, peruntukan untuk pembelian peranti dan capaian Internet kepada pelajar-pelajar miskin juga perlu diberi perhatian kerana sesi PdPR dilihat akan diteruskan di fasa endemik ini. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Agenda AWANI: Kajian UNICEF: Gaji naik, kemiskinan masih tinggi
Kajian UNICEF: Gaji naik, namun kemiskinan masih tinggi. Apa realiti sebenar yang dihadapi oleh keluarga isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di bandar? Apa langkah tepat yang perlu diambil untuk bina ketahanan golongan ini?
Siaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
Siaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
FBM KLCI Malaysia di bawah nilai sebenar, boleh meningkat ke paras 1,680 mata - Ahli ekonomi
FBM KLCI ketika ini berada di bawah nilai sebenar dan boleh mencecah ke paras 1,680 mata sekiranya nisbah harga pendapatan (PER) bursa tempatan kembali kepada purata jangka panjangnya.
AWANI 7:45 [08/05/2024] - Serangan tiga pemain bola sepak | Permohonan Selangor FC ditolak | Ranjau sepanjang jalan | MAPIM aktifkan pasukan pemantauan
Kajian UNICEF: Gaji naik, namun kemiskinan masih tinggi. Apa realiti sebenar yang dihadapi oleh keluarga isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di bandar? Apa langkah tepat yang perlu diambil untuk bina ketahanan golongan ini?
#AWANI745 bersama Syaff Shukri bersiaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
#AWANI745 bersama Syaff Shukri bersiaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaiknya hari ini seiring peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Selesa, dekat Masjid Nabawi, mesra OKU untuk jemaah muassasah
Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) antara ciri-ciri tiga tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
#AWANI745
#AWANI745
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).