KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila membina balai bomba di Gunung Kinabalu, sekali gus menjadi balai bomba terletak di lokasi paling tinggi di dunia.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata proses untuk mewujudkan balai bomba berkenaan di ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi.
"Kawasan berkenaan merupakan kawasan warisan dunia dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembinaan dilaksanakan. Saya difahamkan peruntukan untuk melaksanakan projek ini juga sudah ada," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan KB 19 Siri 1/2022 yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Masidi berkata balai bomba itu akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).
"Apabila siap kelak ia akan memudahkan pasukan Mosar yang kini berpusat di Balai Bomba Ranau menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu," katanya.
Sementara itu, Hajiji dalam ucapan perasmian berkata kerajaan negeri menghargai komitmen JBPM dengan penempatan dan kesiapsiagaan Mosar di Gunung Kinabalu.
"Mosar merupakan anggota bomba yang mempunyai kepakaran yang khusus dan kompeten bagi melaksanakan tugas penyelamatan di gunung.
"Berdasarkan kepada statistik penyelamatan yang dihadiri oleh Mosar, bermula dari Januari hingga Jun lepas, sebanyak 26 kes penyelamatan telah dilaksanakan oleh pasukan ini," katanya.
Mosar ditubuhkan pada 2015 susulan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Proses untuk mewujudkan balai bomba berkenaan di ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Limpahan deras di Gunung Kinabalu sebenarnya fenomena biasa
Keadaan ekstrem di puncak gunung itu adalah perkara yang sering berlaku dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
'Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental
Bekalkan diri dengan semangat dan jiwa yang kental untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 Sept lepas.
Pendaki Kinabalu OKU Challenge 2022 berjaya tawan puncak Kinabalu
Peserta ekspedisi anjuran UIAM itu tiba di puncak gunung setinggi 4,095 meter itu antara jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi Rabu.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Balai bomba tertinggi di Gunung Kinabalu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila membina balai bomba di Gunung Kinabalu, sekali gus menjadi balai bomba terletak di lokasi paling tinggi di dunia.
Upah poter Gunung Kinabalu perlu diselaraskan - Menteri Sabah
Upah poter bawa barang untuk pendaki ialah RM13 sekilogram, untuk angkat barang keperluan penginapan pula RM5.50 sekilogram.
Salji turun di Gunung Kinabalu
Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin Menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.