ANKARA: Bangladesh akan meneruskan usaha memperjuangkan hak rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Sheikh Hasina ketika menyentuh mengenai ulang tahun ke-75 peristiwa Nakba, semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Sungguh membimbangkan apabila hak rakyat Palestin masih belum dipenuhi," kata Hasina pada Jumaat.
Beliau berkata Bangladesh bersedia memastikan keamanan dan keselamatan global dengan menyertai operasi pengaman PBB dan seramai 188,000 rakyat Bangladesh, termasuk wanita, berkhidmat dalam 55 operasi di 40 negara.
"Bangladesh mempunyai dasar toleransi sifar terhadap keganasan dan ekstremisme ganas. Tingkah laku yang mengganggu keharmonian sosial masyarakat pelbagai kepercayaan adalah jenayah yang serius," kata beliau.
Dalam ucapan itu, Hasina turut menyentuh mengenai isu pendatang Rohingya dan sudah hampir enam tahun mereka terpaksa meninggalkan rumah dan tanah air mereka sendiri.
"Pelarian Rohinya ingin pulang ke negara mereka dan tinggal di sana dengan aman," katanya.
Menyentuh mengenai krisis iklim, Hasina berkata Bangladesh antara negara yang paling terdedah akibat perubahan iklim.
Beliau berkata krisis global yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah meningkatkan harga makanan, tenaga dan produk komersial, sambil merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres atas penubuhan Food, Energy and Finance Global Crisis Response Group pada 2022.
Penubuhan kumpulan gerak kerja itu, antara lain bertujuan untuk membantu menangani masalah itu yang kini melanda seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Sheikh Hasina berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 di New York pada Jumaat. (Foto AP)
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
Sheikh Hasina angkat sumpah PM Bangladesh penggal keempat berturut-turut
Parti pimpinan Hasina, Liga Awami menang pilihan raya umum yang diboikot oleh pembangkang.
Pilihan raya Bangladesh: Pembangkang boikot, Sheikh Hasina sedia teruskan khidmat sebagai PM
Sheikh Hasina sedia jadi PM Bangladesh untuk penggal keempat berikutan pembangkang memboikot pilihan raya negara itu hari ini.
Bangladesh akan terus pertahan hak rakyat Palestin - PM Sheikh Hasina
Sungguh membimbangkan apabila hak rakyat Palestin masih belum dipenuhi, kata Hasina.
Bangladesh kemuka permohonan sertai BRICS
Bangladesh mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai BRICS, akronim kepada lima kuasa ekonomi sedang pesat membangun iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Kereta api Line 6 kurangkan kesesakan Dhaka - PM Bangladesh
Projek kereta api yang dikenali sebagai Line 6 itu, sebahagian besarnya dibiayai oleh Jepun, dirasmikan Perdana Menteri pada Rabu.
Seorang maut, ratusan cedera dalam tunjuk perasaan di Dhaka
Polis didakwa melepaskan tembakan ke arah kira-kira 5,000 penyokong yang berkumpul secara aman di luar pejabat utama BNP di tengah Dhaka.
Jambatan terbesar di Bangladesh bakal dibuka 25 Jun
Kadar tol Jambatan Padma yang ditetapkan adalah antara kira-kira 100 (RM5) hingga 6,000 (RM300) Taka Bangladesh.
TV Bangladesh lantik transgender sebagai pembaca berita
Boishakhi TV, yang terletak di Dhaka, menzahirkan harapan agar pelantikan itu dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan berkenaan.
Lelaki cuba rampas pesawat, ditembak mati pasukan khas Bangladesh
Seorang lelaki yang disyaki cuba merampas sebuah pesawat ke Dubai ditembak mati oleh pasukan khas Bangladesh.
Pilihan raya Bangladesh: Kawalan diperketat susulan keganasan
Pihak berkuasa menempatkan 600,000 anggota keselamatan, meliputi tentera dan polis di seluruh negara.