KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu diambil berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai kemungkinan berlakunya hujan berterusan bermula semalam hingga 6 Jan ini yang berupaya menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir di beberapa negeri.
"Secara keseluruhan ATM akan mengatur gerak seramai 115 pegawai dan 2,768 anggota Lain-Lain Pangkat. Selain itu sejumlah enam unit trak tujuh tan, 160 unit trak tiga tan, 129 unit bot dan 109 unit enjin bot telah bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata ATM telah melaksanakan enam pendekatan dalam menghadapi bencana banjir ketika ini.
"Enam pendekatan itu adalah satu Batalion sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan, ATM juga mengatur gerak pegawai bertanggungjawab ke semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah.
"Selain itu pasukan perubatan ATM juga dalam keadaan sedia bagi melaksanakan bantuan perubatan dan kawalan pencegahan jangkitan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). ATM juga merancang koordinasi bantuan pesawat udara ATM," katanya.
Beliau berkata ATM turut memastikan hospital dan poliklinik ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga.
"ATM juga menambah bilangan anggota bagi melaksanakan operasi menghantar barang keperluan serta makanan ke pusat pemindahan sementara serta kawasan yang terputus hubungan jalan darat serta memasak di PPS," katanya.
Menurutnya perancangan ATM ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan sesuatu kawasan.
"Saya serta kepimpinan tertinggi ATM dan MINDEF (Kementerian Pertahanan) akan memastikan ATM terus melakukan segala usaha yang terdaya demi memelihara keselamatan rakyat sepanjang musim banjir ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kiri) melawat ruang pameran selepas mendengar penerangan mengenai Op Murni di Markas 8 Briged, Pengkalan Chepa hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.