KUANTAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia mengatur gerak sejumlah 16,612 anggotanya termasuk 782 pegawai sebaik sahaja banjir berlaku terutama ke 5,496 lokasi 'hotspot' yang dikenal pasti di seluruh negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan pegawai dan anggota di semua negeri dengan 4,301 daripada mereka akan bertindak sebagai pasukan responder pertama bagi melaksanakan kerja menyelamat serta memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) secepat mungkin.
Beliau berkata atur gerak itu melibatkan 1,102 aset darat dan 251 unit bot, 295 enjin bot dan 5,573 jaket keselamatan.
"Jumlah atur gerak anggota serta aset ATM ke seluruh negara adalah fleksibel dan ATM mempunyai keupayaan tinggi untuk menambah bilangan anggota serta aset pada bila-bila masa sekiranya diperlukan selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan aset banjir kepada Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan barisan pentadbiran negeri.
Hishammuddin berkata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan panglima perkhidmatan telah diarah memastikan kesiapsiagaan anggota ATM berada di tahap tertinggi, terutama di negeri berisiko banjir, sejak September lepas.
Beliau juga berkata penglibatan ATM menerusi Operasi Murni antara lain akan merangkumi kesediaan pasukan perubatan ATM untuk melaksanakan bantuan perubatan di PPS dan membuka hospital medan di lokasi memerlukan.
Operasi itu turut melibatkan koordinasi bantuan pesawat ATM dan melaksanakan operasi menghantar barang keperluan ke PPS serta kawasan terputus hubungan sebelum diteruskan pasca banjir seperti melakukan kerja pembersihan dan baik pulih.
"Secara keseluruhannya, ATM cukup bersedia dan berada di tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menghadapi bencana banjir termasuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 dan orang ramai diminta mematuhi setiap arahan pihak berkuasa, jika banjir berlaku," katanya.
Mengulas mengenai persediaan di Pahang, Hishammuddin berkata seramai 1,914 pegawai dan anggota serta 21 bot dan 35 trak disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melihat aset yang diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang sebagai langkah kesiapsiagaan ATM mendepani bencana banjir. - Foto BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.
Mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang daripada 1,788 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,760 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus bertambah kepada 6,760 orang setakat 8 malam ini, meningkat berbanding 6,575 orang petang tadi manakala situasi di Perlis dan Pulau Pinang bertambah baik.
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.
Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.