BALING: Agensi kerajaan berkaitan digesa segera mengeluarkan laporan telus dan menyeluruh berhubung lokasi selamat untuk pembinaan 17 rumah baharu mangsa banjir dan kepala air di daerah ini.
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata ia membabitkan penduduk yang kehilangan rumah atau rumah mereka mengalami kerosakan teruk sehingga tidak dapat didiami lagi akibat bencana itu.
Katanya sekiranya kawasan tempat tinggal sedia ada mereka itu disahkan selamat maka pembinaan rumah baharu dapat disegerakan, namun jika sebaliknya, penduduk boleh memikirkan kawasan lain yang lebih sesuai.
"Sekarang ini dalam fasa pemulihan, kena baiki rumah yang rosak dan bina semula rumah yang musnah, sebab itu kita minta laporan yang telus dan ikhlas daripada mereka, sama ada selamat atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa insiden itu di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang dekat sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kimanis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur Dewan Rakyat Yusuf Abdul Wahab dan turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit dan Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.
BACA: Banjir Baling : MB Kedah enggan terlibat dalam 'blame-game'
Beliau berkata kejadian banjir dan kepala air yang berlaku pada 4 Julai lepas turut mengubah landskap di kawasan terbabit khususnya yang tinggal berhampiran Lata Celak dan kawasan sekitarnya.
"Dari Lata Celak ke rumah penduduk kampung, air sekarang dah sama rata dengan sungai, sebab itu mangsa tidak mahu duduk di tempat itu, mereka trauma.
"Mangsa ini ingin tahu adakah selamat untuk mereka terus tinggal di situ...atau cadangan lain yang ada untuk mereka," katanya.
Sementara itu, Yusuf berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur Dewan Rakyat akan mengemukakan beberapa cadangan mengenai usaha membaik pulih dan membina semula kemudahan infrastruktur yang rosak akibat bencana itu.
"Antara cadangan yang akan diusulkan ialah pembinaan jambatan baharu di Kampung Iboi yang kedudukannya lebih tinggi daripada jambatan asal yang telah rosak.
"Kita juga akan mohon kementerian berkaitan untuk mendalamkan sungai yang telah menjadi cetek disebabkan banjir, menaik taraf sistem saliran dan perparitan serta membina benteng di tepi sungai," katanya dan menambah laporan lengkap akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dimajukan kepada agensi berkaitan selewat-lewatnya minggu hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Abdul Azeez berkata kejadian banjir dan kepala air yang berlaku pada 4 Julai lepas turut mengubah landskap di kawasan terbabit khususnya yang tinggal berhampiran Lata Celak dan kawasan sekitarnya. - Gambar fail
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.