KUALA LUMPUR: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI tersebut diberi bukan sahaja untuk ketua isi rumah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada ketua isi rumah yang tidak berpindah ke pusat tersebut.
"(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000," katanya.
Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini.
Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Dis, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas.
"Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021
Tengku Zafrul berkata, BWI tersebut diberi bukan sahaja untuk ketua isi rumah di PPS tetapi turut diperluas kepada ketua isi rumah yang tidak berpindah ke pusat tersebut. - Gambar/ Bernama
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson
Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa bencana yang layak termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR).
Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang
Sebanyak 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000
Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.
Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500
Rosli berkata, bantuan akan digunakan untuk menggantikan perabot yang rosak akibat banjir, setelah rumahnya dinaiki air paras lutut.
Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM
Perkara tersebut telah menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses pengesahan terhadap setiap tuntutan yang dikemukakan mangsa banjir.
Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus
Setakat jam 8 pagi Rabu, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.
Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir
Lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM
Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Pusat akan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).
Banjir: Mangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan
Masih terdapat mangsa yang tidak berpindah ke PPS tetapi terjejas banjir tidak membuat pendaftaran bagi menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).