awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lima sekeluarga berdepan detik cemas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras

Bernama
Bernama
29/11/2024
03:20 MYT
Banjir: Lima sekeluarga berdepan detik cemas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras
Kesemua mereka, yang berumur empat hingga 40-an itu, dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan sebelum diselamatkan. - Foto JBPM
SEREMBAN: Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Norfaizal Ahmad berkata kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
"Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira pukul 3 pagi.
"Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#arus deras
#hanyut
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan