KUALA LUMPUR: Perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada Sabtu antara lain mengemukakan lima tuntutan oleh Gerakan Mahasiswa terhadap kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Menurut wakilnya yang juga Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam, 24, lima tuntutan itu ialah memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri, mengawal harga barang, mengekalkan subsidi dan menyelesaikan isu jaminan makanan.
"Hari ini kita berkumpul nak menyatakan lima tuntutan, dan tuntutan ini kita dah nyatakan sewaktu speaker corner di Pasar Seni.
"Hari ini kita bawa tuntutan yang sama, pertamanya kita menuntut potong gaji Menteri, kita tuntut kawal harga barang, kita tuntut kekal subsidi, kita tuntut selesaikan masalah jaminan makanan dan kawal harga barang.
"Itu lima tuntutan yang kita nyatakan kita buat hari itu sampai hari ini," katanya ketika ditemui media pada perhimpunan yang disertai kira-kira 250 mahasiswa dan wakil parti politik itu.
Tambah Aliff, perhimpunan itu turut menuntut agar gaji Duta Khas bertaraf Menteri turut dipotong bagi menangani isu itu.
"Sebab ini kami lihat di Parlimen dinyatakan bahawa empat orang Duta Khas bertaraf Menteri memakan belanja hampir RM1 juta.
"Yang mana RM1 juta itu untuk lawatan rasmi dalam dan luar negara, tidak termasuk elaun dan gaji mereka.
"Ini sedikit sebanyak membuat kami terkilan daripada pihak mahasiswa dan rakyat memang kami terkilan, dimana kami terpaksa hidup susah, terpaksa mencatu makanan," katanya lagi.
Perhimpunan yang berlangsung tepat jam 2.00 petang itu berakhir sejam kemudian.
Turut kelihatan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di sekitar kawasan perhimpunan dan menghalang peserta daripada berarak ke Dataran Merdeka.
Fareez Azman
Sat Jul 23 2022
Aliff berkata lima tuntutan itu antara lain menuntut memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri, mengawal harga barang, mengekalkan subsidi dan menyelesaikan isu jaminan makanan. - Foto Astro AWANI
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Hujan tidak halang rakyat pamer sokongan, solidariti kepada Palestin
Cuaca mendung serta hujan di Selangor dan Pulau Pinang sejak petang tadi tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan
Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara, pada Sabtu mungkin berhadapan tindakan undang-undang.
Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden
Ratusan ribu rakyat Mexico berhimpun di ibu negara pada Ahad sebagai sokongan kepada Presiden Manuel Lpez Obrador.
Penganjur, peserta himpunan '#kerajaan gagal' akan dikompaun - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, seramai 20 individu dikesan berkumpul di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera hitam dan sepanduk, kira-kira 2.55 petang.
Penganjur himpunan di Dataran Merdeka akan dikompaun - Polis
Tiga individu yang dikenal pasti sebagai penganjur akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikompaun.
'Bulan' berkibar megah bersama 'Sang Saka Bangsa' di PWTC
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih 10,000 pengunjung bakal membanjiri sekitar Dewan Merdeka, PWTC dengan acara kemuncaknya majlis tandatangan piagam kerjasama UMNO dan Pas.
Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand
Himpunan Cinta Baju Melayu melihat golongan muda dari tiga wilayah selatan Thailand mengenakan busana Melayu tradisional beramah mesra bagi mengeratkan silaturahim.
'Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812
Netizen luah rasa kesal apabila peserta yang menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ICERD membawa kanak-kanak di beberapa lokasi.