awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantu bina semula negara mengikut kemampuan - Dr Wan Azizah

Bernama
Bernama
31/05/2019
10:13 MYT
Bantu bina semula negara mengikut kemampuan - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata setiap rakyat juga boleh menjadi 'duta' kepada negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi. -foto BERNAMA
Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta bersama-sama membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan.
"Membina semula negara selepas apa yang telah berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.
"Kita perlu membetulkan keadaan dalam masa yang sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di sini pada Khamis.
Dr Wan Azizah berkata setiap rakyat juga boleh menjadi 'duta' kepada negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi.
Turut hadir Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dr Wan Azizah mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-14 yang berlangsung hari ini.
Persidangan itu, yang bertemakan 'Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan' didahului dengan Mesyuarat Pegawai kanan pada 27 Mei dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar pada 29 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Perdana Menteri
#Saifuddin Abdullah
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan