KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi geran bernilai RM3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.
Menerusi satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.
Selain itu, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk membantu PMKS yang terjejas akan ditambah baik dengan menyediakan dana tambahan RM50 juta melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN Nasional.
“Ia khusus untuk perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM10,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.
“Ketiga, dana sebanyak RM100 juta akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp untuk PKS terjejas, pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.
“Keempat, dalam sektor pertanian, sehingga kini jumlah kerugian yang dilaporkan kesan daripada bencana banjir pada bulan Disember 2021 adalah sebanyak RM91 juta dan jumlah bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM21 juta.
“Kerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),” ujar Ismail Sabri.
BACA: BNM umum Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk PMKS terjejas banjir
BACA: Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan
Di bawah TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dengan had maksimum sehingga 3 hektar.
Bagi pengusaha pertanian lain pula tambah Ismail Sabri, RM50 juta tambahan akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).
“Di bawah PPSPA, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir, layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kerugian.
“Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan,” ujarnya lagi.
BACA: PM gariskan dua fokus utama pemulihan PMKS pasca pandemik
Sebelum ini, pada bulan Disember 2021, Kerajaan telah pun mengumumkan dana pinjaman RM500 juta untuk Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) sehingga RM700 ribu pada kadar faedah sehingga 3.5% setahun dengan moratorium 6 bulan.
Di samping itu, dana sebanyak RM30 juta disediakan melalui TEKUN Nasional untuk pinjaman sehingga RM10 ribu kepada usahawan mikro dan informal.
Astro Awani
Wed Feb 09 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir. - BERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Kejayaan syarikat pemula Clever Desk bermula dengan DMS oleh Unifi Business
Unifi Business memainkan peranan penting dengan membantu lebih daripada 400,000 PMKS di seluruh negara.
Unifi Business galak PMKS tempatan manfaatkan teknologi digital
Unifi Business terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
PMKS Malaysia harus diperkasakan dengan AI, teknologi digital - Gobind
Ia boleh mendorong mereka untuk beralih ke arah model perniagaan baharu yang dapat mengoptimumkan operasi dan meningkatkan potensi ekonomi.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
TVET mampu lonjak produk PMKS ke pasaran global - Penganalisis
Pengusaha Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu bekerjasama dengan pemain industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menghasilkan produk berkualiti.
Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan.